Raja-Raja Melayu

Raja-Raja Melayu

Saturday 28 February 2015




POLITEKNIK MALAYSIA
PENGAJIAN MALAYSIA
DUB 1012– PENGAJIAN MALAYSIA
KERJA KURSUS 1

NAMA PENSYARAH
MOHD KHAIRIL BIN ZAINAL BAHRIN
TARIKH HANTAR
29/12/2014
KELAS
DIB1A
TAJUK
8. PENUBUHAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU
NAMA & NO. MATRIK
MUHAMMAD FAIZUL BIN ANUAR MUS
[23DIB14F2025]
MUHAMMAD NAZRI BIN YURNALIS
[23DIB14F2016]
MUHAMMAD FAUZI BIN MOHD PUAT
[23DIB14F2033]




   







PENGENALAN

Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia.
Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ia dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. YAB Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada DYMM Raja-Raja dan TYT Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Ini menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong biasanya hanya hadir jika mesyuarat tersebut akan melantik Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya atau ia membincangkan polisi negara. Timbalan Perdana Menteri tidak tergolong dalam Majlis Raja-Raja.





LATAR BELAKANG KAJIAN

Sejarah Majlis Raja-Raja bermula dengan penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah ditubuhkan. Sehubungan dengan itu, satu Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan untuk membincangkan hal-ehwal dan kepentingan bersama dengan Pemerintah Inggeris.
Mesyuarat Pertama Majlis Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu, atau lebih dikenali sebagai Mesyuarat Durbar telah diadakan pada 13 - 17 Julai 1897 di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Durbar timbul daripada perkataan Urdu-Parsi (Darbar) yang membawa maksud istana raja. Durbar juga bermaksud perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja-Raja ataupun gabenor atau wizurai British di India pada masa dahulu.
Raja-Raja Melayu yang hadir dalam mesyuarat Durbar tersebut ialah DYMM Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah (Negeri Perak), DYMM Sultan Abdul Samad(Negeri Selangor), DYMM Tuanku Muhammad (Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan), dan DYMM Sultan Ahmad (Negeri Pahang).
Pihak Inggeris pula diwakili oleh Sir Charles Mitchell, Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham(pengerusi mesyuarat), Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Hugh Clifford, Residen Inggeris di Pahang, J.P Rodgers, Residen Inggeris di Selangor dan W.H. Treacher, Residen Inggeris di Perak. Mesyuarat Durbar telah diadakan sebanyak 9 kali hingga tahun 1939.
Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dalam tahun 1948, keahliannya ditambah dengan kemasukan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu NegeriJohor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Namanya juga telah dipendekkan menjadi Majlis-Raja-Raja. Mesyuarat pertama bagi tempoh ini
telah diadakan pada 18 Februari 1948 di Kuala Lumpur dan telah
dipengerusikan oleh DYMM Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, Sultan Johor. Pihak Inggeris diwakili oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Antara Februari 1948 hingga Ogos 1957 mesyuarat Majlis Raja-Raja telah diadakan sebanyak 50 kali.
Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya, negeri Melaka dan Pulau Pinang turut menjadi ahli dan ini diikuti pula oleh Sabah dan Sarawakapabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama selepas merdeka telah diadakan pada 30 dan 31 Oktober 1957 dan dipengerusikan oleh DYMM Sultan Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis. Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-125 pula diadakan pada 15 - 16 Oktober 2008 di Terengganu.












PERANAN

Majlis Raja-Raja bukan sahaja agung tetapi unik kerana Majlis ini merupakan satu-satunya institusi yang sedemikian rupa wujud di dunia pada masa kini. Apabila Negara mencapai kemerdekaan, penubuhan Majlis Raja-Raja telah dikanunkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Fungsi dan tugas-tugasnya mengikut Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut:-

-Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan - peruntukan Jadual Ketiga;
-Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan;
-Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang menurut Perlembagaan ini memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja;
-Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182;
-Memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman di bawah Fasal (12) Perkara 42
dan boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara (misalnya perubahan-perubahan tentang dasar Imigresen) dan apa-apa jua perkara lain yang difikirkannya patut. Apabila Majlis Raja-Raja menimbangkan perkara-perkara mengenai dasar negara Yang di-Pertuan Agong hendaklah disertai oleh Y.A.B Perdana Menteri dan Raja-Raja yang lain dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri disertai oleh Menteri-Menteri Besar atau Ketua-Ketua Menteri mereka. Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung mengenai keistimewaan, kedudukan, kemulian atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153 (mengenai kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, Bumiputera serta juga hak kaum-kaum lain). Majlis Raja-Raja juga melantik:
-Seorang wakil untuk menganggotai Majlis Angkatan Tentera, menurut Perkara 137 Perlembagaan.
-Seorang wakil sebagai Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa & Pustaka menurut Akta yang berkenaan.





















OBJEKTIF KAJIAN

1.     Sejauh manakah pengaruh Majlis Raja-Raja Melayu dalam sistem pemerintahan Malaysia?



2.     Bincangkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam konteks Raja Berpelembagaan.
      










KEPENTINGAN KAJIAN

1.     Dapat mengetahui bahawa Yang di-Pertuan Agong merupakan simbol identiti negara. Baginda merupakan ketua negara, simbol keutuhan dan simbol perpaduan. Institusi Yang di-Pertuan Agong memantapkan lagi kewibawaan institusi beraja . Institusi ini juga memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi raja.

2.     Dapat mempelajari dan mengetahui fungsi Majlis Raja-Raja sebagai satu badan yang menggerakkan institusi beraja di Malaysia dan berperanan sebagai satu badan yang menjaga dan menjalankan usaha mengekalkan institusi beraja dan memastikan supaya institusi beraja kekal relevan.

3.     Dapat mengetahui fungsi raja-raja sebagai satu asas yang penting dalam pembinaan sebuah negara yang berdaulat dan menjadi payung atau pelindung bagi rakyat jika berada dalam situasi rakyat disisih dan berlaku perpecahan.








KAEDAH KAJIAN

Antara kaedah kajian kami adalah kepustakaan. Mencari sumber rujukan di perpustakaan Politeknik Nilai. Selain itu, mencari maklumat dan bahan ilmiah di internet.















DAPATAN KAJIAN

Kuasa Majlis Raja-Raja diperuntukkan dalam perkara 38. Majlis Raja-Raja menjadi satu badan yang tertakluk tugasnya di bawah Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan. Didalam konteks pemerintahan
Malaysia,Majlis Raja-Raja bertindak sebagai ketua selepas Yang diPertuan Agong bagi 3 badan utama dalam sistem pemerintahan Malayisa iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Majlis Raja-raja juga boleh menimbangkan hal-hal yang berkaitan dengan Dasar negara dan yang lain apa yang dikira patut. Apabila menimbangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar negara Yang di-pertuan Agong hendaklah disertai bersama YAB Perdana Menteri dan Raja-raja yang lain dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri disertai oleh Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri mereka. Tiada undang-undang yang boleh menyentuh secara langsung mengenai keistimewaan, kedudukan, kemulian atau kebesaran Raja-raja dan undang-undang tersebut tidak boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja.

Perkara 32 dalam perlembagaan telah menetapkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Antara bidang kuasa YDPA dari segi agama ialah menjadi ketua agama islam di negeri baginda sendiri. Selain itu, menjadi ketua agama Islam di negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan iaitu di Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Dari sudut ketenteraan pula, YDPA merupakan pemerintah tertinggi dalam angkatan tentera Malaysia. Baginda bertanggungjawab dalam bidang kuasa Am mengenai tatatertib dan pentadbiran Angkatan Tentera serta lain-lain mengenainya melainkan perkara bersangkutan dengan gerakan tentera. Dari sudut undang-undang pula, YDPA mempunyai kuasa untuk memperkenan atau sebaliknya, sesuatu Rang Undang-undang, setelah melalui proses pembentangan di kedua-dua dewan (Dewan Rakyat dan Dewan Negera). Fasal 8, Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 1994 menjelaskan kedudukan baginda untuk digunapakai adalah mengikut (4A) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dalam masa tiga puluh hari selepas Rang Undang-undang itu dikemukakan kepada baginda seterusnya memperkenan Rang Undang-undang itu dengan menyebabkan Rang Undang-undang itu dicopkan dengan Mohor Besar. (4A) Jika sesuatu Rang Undang-undang tidak diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang ditentukan dalam Fasal (4), Rang Undang-undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal itu mengikut cara yang sama seolah-olah baginda telah memperkenankannya. Seterusnya, dari segi pentadbiran dan perlantikan, YDPA dengan nasihat Perdana Menteri melantik Menteri-menteri,Timbalan- timbalan menteri daripada ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara kedua-dua lantikan ini boleh dibatalkan oleh baginda atas nasihat Perdana Menteri. Sebelum Menteri-menteri atau Timbalan Menteri menjalankan tugas, mereka hendaklah mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan YDPA. YDPA juga melantik Peguam Negara dan Panglima Angkatan Tentera. Perlantikan bagi jawatan-jawatan ini dilakukan atas nasihat yang ditentukan oleh Perlembagaan. Jawatan-Jawatan lain yang dilantik oleh YDPA atas nasihat adalah seperti :-Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya-Ahli-ahli Suruhanjaya Polis-Ahli dalam Majlis Angkatan Bersenjata dan lain-lain. YDPA juga boleh menetapkan beberapa jawatan sebagai jawatan-jawatan khas termasuklah Ketua-ketua Jabatan dan Timbalan Ketua-ketua Jabatan. Tetapi baginda melantik seseorang ke jawatan-jawatan ini atas sokongan Suruhanjaya yang berkenaan. YDPA juga boleh mengisytiharkan darurat atas nasihat Perdana Menteri jika mengancam keselamatan,politik dan ekonomi negara. Apabila pengisytiharan darurat dibuat dan Parlimen tidak dapat bersidang,YDPA boleh memanggil Parlimen untuk bersidang dengan secepat mungkin.


Perbincangan mengenai penubuhan Majlis Raja-Raja melibatkan satu konteks yang luas.Sesetengah pendapat merasakan Majlis Raja-Raja tidak lagi relevan dan tidak lagi berperanan dalam sistem pemerintahan di Malaysia pada masa kini.Secara ringkasnya,tugas Majlis Raja-Raja hanya lebih sebagai ketua sesuatu organisasi tertinggi negara  atau badan pemerintahan di dalam negara yang melihatkan tugas Majlis Raja-Raja hanya sekadar sebagai penasihat dan tugasnya terbatas dengan perlembagaan negara.













PERBINCANGAN  & PENUTUP

Secara keseluruhannya, fungsi Majlis Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranannya yang penting dalam hal-hal yang berkaitan dengan pemerintahan negara. Kebanyakan negara-negara di seluruh dunia yang pada masa dahulu mempunyai sultan atau raja kini institusi beraja mereka semakin lenyap ditelan zaman.  Justeru itu, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menghargai dan berbangga kerana masih mempunyai institusi diraja yang dilihat sebagai sebuah simbol perpaduan didalam negara.













RUJUKAN

1.     http://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Raja-Raja/
4.     Buku ‘Majlis Raja-Raja- Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan Malaysia’ karya Abdul Aziz Bari
7.     http://www.utusan.com.my/rencana/wujudkan-kurikulum-raja-berperlembagaan-1.16786
8.    Buku Pengajian Malaysia edisi ke-5




              

No comments:

Post a Comment